Malay Language
Silibus Bahasa Melayu bertujuan untuk membentuk murid supaya dapat:
-
mendengar dan memahami teks pertuturan dengan teliti dalam situasi formal dan tidak formal dengan memberikan tindak balas atau respons yang wajar;
-
bertutur dengan petah menggunakan sebutan baku dan intonasi yang betul berdasarkan konteks yang berkaitan dengan diri dan sekitarnya;
-
membaca pelbagai bahan bercetak dan bahan media elektronik dan digital dengan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh maklumat, idea dan pengetahuan serta memberikan respons yang sesuai;
-
menulis pelbagai jenis teks berdasarkan pelbagai tajuk yang sesuai berdasarkan tujuan, khalayak dan situasi;
-
berinteraksi secara lisan dengan menggunakan sebutan baku, intonasi dan jeda yang betul dan berkesan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan diri dan sekitarnya;
-
berinteraksi secara bertulis mengenai pelbagai tajuk yang sesuai berdasarkan tujuan, khalayak dan situasi;
-
mengenali dan memahami budaya dan nilai-nilai murni masyarakat Melayu serta budaya dan nilai-nilai murni negara dan kaum lain;
-
berfikir secara kreatif, kritis dan kritikal untuk menguasai, meneroka, mereka cipta, menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan bersama dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara melalui penggunaan bahasa.